Ada satu perkara yang kita boleh ambil notis iaitu kematian influenza kali ni tidak begitu banyak, maksud saya keterukan (severity) penyakit influenza ini tak teruk cuma teramat mudah berjangkit je. Jadi pesakit jadi ramai tapi tak teruk.
Jadi ada sesetengah negara mempersoalkan pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) didalam mengistiharkan pandemik ini dan meminta WHO buat penilaian semula tentang tahap-tahap atau fasa-fasa tersebut dan memasukkan unsur keterukan atau severity didalam syarat-syarat fasa. Sebenarnya ada juga kebaikan Fasa yang sedia ada sebab kita sebagai Hamba Allah tak tahu samada influenza itu akan kekal tak teruk atau ia berubah menjadi virus yang lebih teruk dan membunuh ramai manusia. Apabila ramai manusia yang dijangkiti, kebarangkalian untuk virus influenza itu bergabung dan berubah ( Mutasi) menjadi lebih tinggi.
Ok, ada sebarang soalan? Takde, Class Dismiss.

No comments:
Post a Comment