Sehingga 27 April 2009: 40 kes yang telah disahkan menghidap selsema babi di US manakala di mexico pula 26 kes dengan 7 kematian. Di Kanada disahkan 6 kes manakala di Sepanyol pula 1 kes, dengan tiada kematian.
Jadi apakah Penyakit Selsema Babi ini? Mula-mula manusia je selsema, kemudian sebuk dengan burung dan kini babi pula...
Berikut adalah maklumat dari website Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang saya dah translate sebahagian dan campur sikit asam ngan garam :)
Selsema Babi (Swine influenza) adalah penyakit selsema yang amat mudah berjangkit bagi babi yang disebabkan oleh beberapa jenis virus Influenza A. Morbidity adalah tinggi tetapi mortalitynya adalah rendah. (1-4%)
Virus ini merebak dikalangan babi melalui “aerosols” samaada secara langsung, tidak langsung dan asymptomatic carrier pigs.
Wabak dikalangan babi memang berlaku sepanjang tahun Cuma incidence rate nya lebih tinggi waktu musim luruh dan musim dingin. Kebanyakkan negara mengvaksinasikan kelompok babi mereka terhadap selsema babi.
•Kebiasaannya disebabkan virus H1N1 tetapi yg lain ada juga dikesan: H1N2, H3N1, H3N2.
•
•Babi juga boleh dijangkiti oleh avian flu serta Human seasonal flu.
•
•Virus H3N2 dikatakan didapati dari virus manusia.
•
•Apabila babi dijangkiti oleh lebih dari satu jenis virus selsema dalam satu masa yang sama, “perkahwinan virus” akan berlaku dimana virus baru akan terbentuk.
•Walaupun virus selsema babi biasanya mengjangkiti babi sahaja tetapi ia juga boleh melepasi speciesnya dan mengjangkiti manusia. “cross the species barrier”
Implikasi keatas manusia...
Bahaya kepada manusia sejagat adalah apabila penyakit selsema ini berjangkit dengan manusia dan seperti yang dibicarakan diatas .. ia menjadi senang merebak seperti senangnya merebak selsema yang biasa kita alami...
Jika selsema biasa hanya "membantut" pergerakkan dan kerja kita seharian, selsema babi ini pula boleh menyebabkan kita terlantar di hospital atau berakhir dengan kematian!
Untuk mengetahui bertapa seriusnya gejala selsema ini, adalah baik jika kita melihat kembali sejarah-sejarah hitam peradaban dunia...
No comments:
Post a Comment