Friday, June 19, 2009

Influenza Pandemics

Ini adalah salah satu gambarajah tentang Fasa-fasa yang ada dalam melabelkan peringkat sesuatu penyakit Influenza itu. Seperti yang semua kita sudah maklum sekarang ini kita berada di fasa 6 iaitu fasa pandemik. Ada gambarajah yang lebih cantik tapi saya cari tak jumpa pula.

Ada satu perkara yang kita boleh ambil notis iaitu kematian influenza kali ni tidak begitu banyak, maksud saya keterukan (severity) penyakit influenza ini tak teruk cuma teramat mudah berjangkit je. Jadi pesakit jadi ramai tapi tak teruk.

Jadi ada sesetengah negara mempersoalkan pihak WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) didalam mengistiharkan pandemik ini dan meminta WHO buat penilaian semula tentang tahap-tahap atau fasa-fasa tersebut dan memasukkan unsur keterukan atau severity didalam syarat-syarat fasa. Sebenarnya ada juga kebaikan Fasa yang sedia ada sebab kita sebagai Hamba Allah tak tahu samada influenza itu akan kekal tak teruk atau ia berubah menjadi virus yang lebih teruk dan membunuh ramai manusia. Apabila ramai manusia yang dijangkiti, kebarangkalian untuk virus influenza itu bergabung dan berubah ( Mutasi) menjadi lebih tinggi.

Ok, ada sebarang soalan? Takde, Class Dismiss.










Monday, April 27, 2009

Selsema Babi

Sehingga 27 April 2009: 40 kes yang telah disahkan menghidap selsema babi di US manakala di mexico pula 26 kes dengan 7 kematian. Di Kanada disahkan 6 kes manakala di Sepanyol pula 1 kes, dengan tiada kematian.

Jadi apakah Penyakit Selsema Babi ini? Mula-mula manusia je selsema, kemudian sebuk dengan burung dan kini babi pula...

Berikut adalah maklumat dari website Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang saya dah translate sebahagian dan campur sikit asam ngan garam :)

Selsema Babi (Swine influenza) adalah penyakit selsema yang amat mudah berjangkit bagi babi yang disebabkan oleh beberapa jenis virus Influenza A. Morbidity adalah tinggi tetapi mortalitynya adalah rendah. (1-4%)

Virus ini merebak dikalangan babi melalui “aerosols” samaada secara langsung, tidak langsung dan  asymptomatic carrier pigs.

Wabak dikalangan babi memang berlaku sepanjang tahun Cuma incidence rate nya lebih tinggi waktu musim luruh dan musim dingin. Kebanyakkan negara mengvaksinasikan kelompok babi mereka terhadap selsema babi.


Kebiasaannya disebabkan virus H1N1 tetapi yg lain ada juga dikesan: H1N2, H3N1, H3N2.
Babi juga boleh dijangkiti oleh avian flu serta Human seasonal flu.
Virus H3N2  dikatakan didapati dari  virus manusia.
Apabila babi dijangkiti oleh lebih dari satu jenis virus selsema dalam satu masa yang sama, “perkahwinan virus” akan berlaku dimana virus baru akan terbentuk.

Walaupun virus selsema babi biasanya mengjangkiti babi sahaja tetapi ia juga boleh melepasi speciesnya dan mengjangkiti manusia. “cross the species barrier”

Implikasi keatas manusia...
Bahaya kepada manusia sejagat adalah apabila penyakit selsema ini berjangkit dengan manusia dan seperti yang dibicarakan diatas .. ia menjadi senang merebak seperti senangnya merebak selsema yang biasa kita alami...
Jika selsema biasa hanya "membantut" pergerakkan dan kerja kita seharian, selsema babi ini pula boleh menyebabkan kita terlantar di hospital atau berakhir dengan kematian!

Untuk mengetahui bertapa seriusnya gejala selsema ini, adalah baik jika kita melihat kembali sejarah-sejarah hitam peradaban dunia...




Tuesday, March 18, 2008

Tunggu Ya...

Ada banyak benda nak tulis tapi tak berkesempatan nak taip sebab sebuk dengan exam (hee hee tak study lagi)

Wednesday, November 28, 2007

Suatu Permulaan...

Di zaman mutakhir ni, pelbagai penyakit muncul, tidak kiralah samada yang baru atau pun yang lama tapi mendapat nafas baru. Jadi saya bercadang nak menulis sedikit sebanyak tentang penyakit-penyakit ni agar orang ramai dapat serba sedikit manfaat darinya. Jika ada kesilapan atau perkara yang tak faham, tolonglah bagitau untuk saya perbaiki mana yang patut. Jika ada topik yang nak cadang pun boleh gak. Penyakit yang saya nak cerita nanti pelbagaila, ada yang berjangkit, ada yang tak dan ada yang pakar-pakar pun tak pasti berjangkit ke tak (ada ke?? hmm nanti saya check..)

Kalau Bahasa Melayu saya ni tak betul, tu biasala, maklumla B.M: C5 je masa SPM dulu. Ngapa buat dalam bahasa? Sebab nak mudahkan mereka yang tak fasih Bahasa Inggeris baca :)